101 IDEA ROMANTIK

101 IDEA ROMANTIK free pdf ebook was written by Shuth on August 27, 2008 consist of 17 page(s). The pdf file is provided by maskahwin.com and available on pdfpedia since November 10, 2011.

www.maskahwin.com 101 idea romantik tips menjadi pasangan bahagia penafian : pihak penulis dan penerbit telah sedaya upaya memastikan maklumat yang diberikan di dalam ...

x
send send what is readshare?


Thank you for helping us grow by simply clicking on facebook like and google +1 button below ^^

101 IDEA ROMANTIK pdf




Read
: 1991
Download
: 11
Uploaded
: November 10, 2011
Category
Author
: Shuth
Total Page(s)
: 17
101 IDEA ROMANTIK - page 1
www.maskahwin.com 101 IDEA ROMANTIK Tips Menjadi Pasangan Bahagia Penafian : Pihak penulis dan penerbit telah sedaya upaya memastikan maklumat yang diberikan di dalam ebook ini adalah sahih dan boleh digunapakai. Namun begitu, pihak penulis & penerbit tidak bertanggungjawap di atas segala kerugian atau kerosakan yang anda alami, sama ada dari segi fizikal ataupun mental di dalam mengamalkan atau menggunapakai tips-tips serta maklumat yang disediakan di dalam ebook ini. Tips-tips yang diberikan di dalam ebook ini, lebih sesuai diamalkan bagi pasangan yang sudah berumahtangga.
You're reading the first 10 out of 17 pages of this docs, please download or login to readmore.
101 IDEA ROMANTIK - page 2
www.maskahwin.com IDEA # 1 Sekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu anda telah menyediakan pengawal peribadi khas… iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda. IDEA # 2 Beli bintang-bintang yang bersinar ketika dalam gelap, kemudian lekatkan pada siling tempat tidur anda dengan mesej “I Love U”. Apabila lampu dipadamkan, mesej anda akan muncul! IDEA # 3 Jadi pasangan yang ringan tulang. Luangkan masa membantu si dia memasak di rumah ketika hujung minggu. Anda boleh membantunya menghiris bawang, memotong sayur, atau apa-apa saja tugasan dapur bergantung pada menu yang anda rancang bersama. Pasti pasangan anda berasa bertuah memiliki suami serajin anda! IDEA # 4 Jadikan amalan solat bersama suatu kemestian. Wujudkan suasana syahdu selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus diberkati dan harmoni. IDEA # 5 Hadiahkan sesuatu yang digemari pasangan pada hari lahirnya ataupun di ulangtahun perkahwinan anda. Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab ataupun kura-kura kecil yang comel sebagai kejutan istimewa. Pasti si dia akan menghargai hadiah anda dan akan menjaga ia dengan sebaik- baiknya. IDEA # 6 Ambil hati ibu bapa dan ahli keluarganya. Setiap kali anda berdua pulang ke rumah ibu bapa mentua, jangan lupa belikan hadiah ataupun makanan kegemaran mereka.
101 IDEA ROMANTIK - page 3
www.maskahwin.com Pasangan anda tentu gembira dengan cara layanan anda terhadap kedua orang tuanya. Tidak mustahil si dia juga akan membuat perkara yang sama terhadap ibu bapa anda nanti. IDEA # 7 Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Pasti ia akan mengembirakannya di samping komen dan perhatian yang diberikan oleh rakan sekerja. IDEA # 8 Di waktu terluang, bawa pasangan anda ke tempat yang menenangkan seperti pantai, tasik ataupun tempat yang digemari oleh anda berdua. Jangan lupa menyimpan kulit siput atau batu yang anda pungut bersama untuk kenang- kenangan. IDEA # 9 Berikan ucapan terima kasih untuk setiap bantuan yang pasangan anda berikan. Ucapkan penghargaan anda dengan sepenuh hati dan hadiahkan ciuman kasih sayang di pipi pasangan anda. IDEA # 10 Apa kata sekali sekala tukar panggilan manja anda dan pasangan. Selain menghasilkan mood baru bagi hubungan anda, panggilan yang baru juga boleh mengelakkan rasa jemu antara anda berdua. IDEA # 11 Tulis puisi yang menggambarkan perasaan dan penghargaan anda terhadap si dia. Lebih bagus sekiranya anda dapat menghafal dan menyampaikan puisi tersebut di hadapannya dengan sepenuh hati. Sekiranya anda kreatif menyampaikannya, tidak mustahil dia akan menangis di atas penghargaan anda terhadapnya. IDEA # 12 Lakukan aktiviti kegemaran bersama. Sekiranya si dia suka berkebun, temani dia melakukan aktiviti kegemarannya meskipun anda kurang gemari. Tidak mustahil si dia akan menemani anda melakukan aktiviti kegemaran anda pula selepas ini.
101 IDEA ROMANTIK - page 4
www.maskahwin.com Sebarang aktiviti yang dilakukan bersama lazimnya akan lebih bermakna dan membuatkan anda berdua lebih gembira. IDEA # 13 Peluk pasangan anda sekerap yang mungkin. Terutamanya ketika si dia akan keluar bekerja. Bisikkan ke telinganya bahawa anda sebolehnya tidak mahu dia keluar tanpa anda walaupun seketika dan berharap dia akan pulang segera. IDEA # 14 Meskipun tidak kemana-mana, cubalah untuk kelihatan menarik dengan berhias walaupun ketika berada di rumah. IDEA # 15 Bayangkan anda memakai kemeja si dia yang besar dan labuh di badan anda… anda mungkin mendapatinya kelakar, tetapi boleh jadi juga ia kelihatan berbeza di mata si dia. IDEA # 16 Selepas seharian penat bekerja, mengapa tidak jika anda tawarkan diri mengurut bahu atau kaki pasangan. Selain menghilangkan stress, si dia juga akan menjadi lebih relaks. IDEA # 17 Amalkan aktiviti mandi air suam bersama selepas seharian penat bekerja. Hilangkan ketegangan fikiran dengan berendam di dalam tab mandi dengan si dia. Pejamkan mata untuk beberapa ketika sambil si dia menyabunkan badan anda. Jangan lupa letakkan beberapa titis pewangi ke dalam tub mandi untuk kesan sensual dan ketenangan. IDEA # 18 Pastikan pencahayaan bilik tidur yang tidak terlalu terang. Pasangkan lampu aroma terapi dengan wangian lavender untuk menimbulkan mood romantik. IDEA # 19 Sekiranya anda berdua sudah memiliki anak, utamakan pasangan anda lebih daripada anak-anak. Hakikatnya, pasangan memerlukan perhatian berbeza daripada anda. Oleh itu, dahulukanlah si dia dalam apa jua perkara.
101 IDEA ROMANTIK - page 5
www.maskahwin.com IDEA # 20 Pada hujung minggu, bawalah pasangan anda berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam Lanjutkan aktiviti anda berdua dengan menikmati makan malam di sana. IDEA # 21 Tonton rancangan TV yang melucukan dan mampu membuatkan anda berdua ketawa. Keserasian ialah apabila anda sependapat untuk perkara yang sama dan ketawa merupakan elemen yang perlu ke arah hubungan yang lebih serasi. IDEA # 22 Candle light dinner di rumah! Jangan lupa berpesan pada suami anda agar pulang awal ke rumah untuk kejutan istimewa. Tetapi jangan nyatakan apa rancangan anda agar ia tetap rahsia. Anda boleh memasak makanan kegemarannya, tutup lampu dan nyalakan lilin di meja makan, tapi jangan lupa! pakai baju tercantik yang pernah pasangan anda hadiahkan ketika menyambut kepulangannya nanti. IDEA # 23 Sebagai isteri, sentiasa tingkatkan kemahiran memasak anda. Hati suami boleh ditambat melalui perutnya! Air tangan isteri mampu mengeratkan kasih sayang anda dan pasangan. IDEA # 24 Sekiranya pasangan anda memiliki rambut yang panjang, sikat rambutnya perlahan-lahan dengan lembut sekali. Teknik ini sangat berkesan lebih-lebih lagi ketika si dia baru selesai mandi dan bersedia untuk tidur. IDEA # 25 Pakai pakaian atau tudung yang dihadiahkan pasangan ketika keluar bersama. Anda pasti tampil istimewa di hadapannya! IDEA # 26 Sekali sekala amalkan makan bersuap dengan pasangan anda. Meskipun sudah melalui majlis makan beradab, tidak bermakna anda tidak perlu mempraktikkannya lagi. Ia pasti mengimbau kenangan hari bahagia anda berdua selain tampil romantis ketika makan bersama.
101 IDEA ROMANTIK - page 6
www.maskahwin.com IDEA # 27 Simpan gambar pasangan anda di dalam telefon bimbit atau dompet anda. Lebih baik lagi jika gambar anda berdua ketika bercuti. Setiap kali menatap gambar tersebut, secara tidak langsung anda akan teringat saat manis ketika bercuti dengan si dia. IDEA # 28 Aksi spontan selalu mencuit hati. Apa kata anda meminta sesiapa ambilkan gambar anda dan si dia… Apabila butang kamera hampir ditekan, anda mencium pipi si dia dengan tiba-tiba. Pasangan tentu terkejut namun terhibur dengan keletah anda. IDEA # 29 Main suatu permainan dengan pasangan, misalnya teka-teki. Jika si dia gagal memberikan jawapan yang tepat, jangan lepaskan begitu sahaja sebaliknya berikan denda. Apakah dendanya? Anda cadangkanlah sendiri! IDEA # 30 Cipta jargon yang hanya difahami oleh anda dan pasangan. IDEA # 31 Jadi pelindung bagi pasangan anda. Jika si dia takutkan cicak atau serangga, pastikan binatang seumpama itu tiada di tempat-tempat yang akan dilaluinya. Misalnya di bilik air atau di dapur. IDEA # 32 Hantar pesanan suara ke telefon bimbit pasangan anda dengan mesej romantik menyatakan anda terlalu rindu pada si dia dan selalu mengingati dirinya. Pasangan anda akan menghargai ucapan anda terutamanya ketika si dia sedang menghadapi masa-masa sukar dan pastinya berharap anda ada di sampingnya ketika itu. IDEA # 33 Rancang masa percutian anda, tetapi rahsiakan destinasi percutian sebagai kejutan buat pasangan anda. Biarkan si dia tertanya-tanya sehinggalah anda berdua tiba di destinasi tersebut.
101 IDEA ROMANTIK - page 7
www.maskahwin.com IDEA # 34 Beli sepasang ikan emas yang mewakili anda dan pasangan. Jangan lupa, tempatkan ia dalam aquarium bentuk bulat di bilik tidur anda. IDEA # 35 Jangan gunakan intonasi suara yang tinggi ketika berbicara dengan pasangan. Sebaliknya lembutkan tutur kata anda meskipun ketika berada dalam keadaan marah. IDEA # 36 Tonton wayang bersama si dia di bawah cahaya bulan. Wah! Tentu romantik, kan. IDEA # 37 Ambil gambar anda dan si dia yang telah diframekan kemudian letakkan di pejabat anda. Jangan lupa tanya pada pasangan anda tentang gambar yang mana satu pada rak di rumah anda yang telah hilang. Sekiranya dia gagal memberikan jawapan, beritahunya bahawa anda telah menempatkan gambar tersebut di pejabat dan selalu melihatnya. Tindakan anda tentu akan menceriakan hari pasangan. IDEA # 38 Apabila pasangan bercakap sesuatu pada anda, renung ke dalam matanya dengan penuh pengertian. Di waktu yang lain ulangi kata-kata romantis yang pernah disebutnya pada anda. Si dia pasti terharu dengan perhatian yang anda berikan ketika berbicara dengannya. IDEA # 39 Simpan lagu-lagu kegemaran anda dan pasangan di dalam salinan CD atau MP3. Anda boleh mendengarnya bersama-sama si dia kala kelapangan. Apabila melakukan tugasan di luar daerah, jangan lupa bawa salinan lagu tersebut bersama sebagai pengubat rindu ketika berjauhan dengan pasangan. IDEA # 40 Tempah potret lukisan anda dan pasangan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan anda berdua.
101 IDEA ROMANTIK - page 8
www.maskahwin.com IDEA # 41 Beli sebatang pokok bersama pasangan dan tanamkan ia di satu tempat yang istimewa di belakang rumah anda. Setiap kali menyambut ulangtahun perkahwinan anda berdua, luangkan masa bersama pasangan untuk mengingat kembali momen-momen percintaan anda berdua begitu juga dengan pokok yang kian membesar yang pernah anda tanam dahulu. IDEA # 42 Di waktu pagi jika anda mandi lebih awal daripada pasangan, wapkan bilik mandi kemudian tulis mesej seperti “I Love U” atau apa-apa mesej romantik anda pada cermin supaya si dia membacanya. Anda boleh juga menulis mesej tersebut pada tingkap kereta ketika cuaca sejuk. IDEA # 43 Ambil keratan kata-kata dari akhbar atau majalah yang bersesuaian dengan setiap peristiwa yang terdapat dalam album gambar anda dan pasangan. Sesuaikan kata-kata lucu untuk gambar yang mencuit hati, kata-kata motivasi untuk gambar sedih dan sebagainya. Anda dan pasangan pasti terhibur apabila melihat album gambar tersebut sambil mengingat kembali saat-saat yang pernah dirakam itu. IDEA # 44 Tinggal nota di tempat-tempat rahsia. Misalnya di dalam briefcase pasangan anda, dalam organizernya, pada rak toiletories di bilik mandi atau di mana-mana tempat yang selalu dilewati si dia. IDEA # 45 Tidur berbantalkan riba atau lengan pasangan anda ketika menonton TV atau sewaktu bersantai di rumah bersama pasangan. IDEA # 46 Selepas subuh, jangan sambung tidur dulu. Apa kata jika anda bawa pasangan keluar ke tepi pantai melihat suasana matahari terbit. Kemudian sarapan pagi bersama-sama di luar. IDEA # 47
101 IDEA ROMANTIK - page 9
www.maskahwin.com Ajak pasangan anda berbasikal di taman pada waktu petang. Anda boleh menyewa basikal secara berasingan atau sebuah sahaja sambil anda bergilir- gilir mengayuh satu sama lain. IDEA # 48 Pada hari minngu, beri kejutan pada pasangan dengan ’breakfast in bed’. Sebelum itu, hadiahkan sebuah ciuman di pipi si dia. IDEA # 49 Senaraikan keistimewaan pasangan anda melalui abjad dari A hingga Z. Misalnya A- Ambil berat, B- Bertanggungjawap, C- Comel, dan seterusnya. Kemudian lekatkan di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan anda. IDEA # 50 Tabur kelopak-kelopak mawar berwarna merah pada katil bilik tidur anda ketika isteri sedang mandi. Setelah si dia masuk ke bilik, angkat si dia dan tempatkan di atas katil yang ditaburi kelopak-kelopak mawar tadi. Seterusnya anda fikirkan sendiri ya! IDEA # 51 Jadi teman yang paling prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Dengar segala keluhan dan rintihan pasangan anda. Tapi jangan lupa, rancang kejutan untuk kembali mengembirakannya. IDEA # 52 Ajak pasangan makan tengahari secara tiba-tiba ke restoran yang kali pertama anda berdua makan bersama. Lebih menarik lagi sekiranya dilakukan secara kejutan untuk si dia. IDEA # 53 Menyanyi bersama pasangan anda biarpun mungkin kedengaran sumbang. IDEA # 54 Ketika pasangan anda sedang mandi, ambil tuala si dia dan letakkan pada pengering untuk memanaskannya. Kemudian selimutkan pasangan anda dengan tuala tersebut setelah dia selesai mandi. IDEA # 55
101 IDEA ROMANTIK - page 10
www.maskahwin.com Jika si dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan kesukaannya. Keesokkan harinya, tanyakan berapa skor / gol yang diperoleh oleh pasukan kegemarannya. Biar pasangan anda menyedari sikap prihatin anda terhadapnya / sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda begitu menghargainya. IDEA # 56 Belai pasangan anda sambil mengucapkan kata-kata sayang terhadapnya. Bagus juga dilakukan sehingga si dia tertidur. Apabila pasangan terjaga dari tidur pada keesokan hari, perkara pertama yang akan diingati ialah ucapan anda malam tadi. IDEA # 57 Amalkan sikap saling bermaaf-maafan sebelum tidur meskipun untuk kesilapan yang kecil. Berilah kemaafan terhadap pasangan dengan setulus hati. IDEA # 58 Luahkan kegembiraan dan kesedihan anda kepada pasangan. Anggaplah si dia sebagai teman baik anda. Curahkan segala-galanya kepada pasangan sebagai tanda anda sangat menghargai kewujudannya di sisi anda. IDEA # 59 Biasakan berjalan berpegangan tangan, supaya pasangan berasa selamat disamping anda. IDEA # 60 Tanya pada keluarga pasangan anda tentang tajuk buku kegemaran si dia sewaktu kecil. Beli buku tersebut dan bacakan untuknya apabila tiba waktu tidur. IDEA # 61 Berikan senyuman yang paling manis kepada pasangan anda ketika dia pulang dari kerja dan sebagainya. Keletihannya akan kurang setelah melihat wajah anda yang ceria menyambut kepulangannya. IDEA # 62
You're reading the first 10 out of 17 pages of this docs, please download or login to readmore.

People are reading about...